Saturday, February 7, 2009

Sinopsis

NOVEL BUKIT KEPONG.

Pengarang : Ismail Johari


Peristiwa darurat pada tahun 1948 telah menyebabkan pasukan polis diperbesar. Othman Yusof menyertai pasukan polis walaupun mendapat bantahan daripada ibunya. Othman ditunangkan dengan Limah sebelum dia berkhusus. Setelah tamat kursus, mereka dinikahkan dan Limah mengikut suaminya ke Pagoh. Suatu hari, ketika Limah dan kawan-kawannya pulang dari bandar Muar dengan menaiki bas, mereka ditahan oleh komunis dan kemudian bas tersebut dibakar. Dalam kejadian lain, orang kampung berjaya membunuh dua orang pengganas komunis yang menggangu mereka di hutan. Peristiwa itu membawa penubuhan unit pengawal kampung. Pengganas membakar rumah Saibun untuk membalas dendam. Cubaan Ah Lam untuk menyeludup makanan kepada pengganas terbongkar. Pengganas menyerang Balai Polis Labis. Limah dihantar ke kampung setelah sarat mengandung. Kemudian, kira-kira 180 orang pengganas menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Mereka ditentang habis-habisan oleh 18 orang polis. Kompleks polis dibakar. Polis dan keluarga mereka yang cedera dibawa ke hospital Muar. Limah menjadi gila apabila diberitahu bahawa suaminya mati. Othman pula pulang ke kampung halamannya dalam keadaan cacat.

No comments:

Post a Comment