Sunday, February 15, 2009

Nilai:

 

Kasih sayang - Othman sangat menyayangi isterinya, Limah sehingga sanggup meletakkan jawatan apabila sakit jiwa yang dialami Limah semakin serius.

Sabar atau cekal – Othman tetap bersabar apabila menghadapi peristiwa yang menyayat hati, iaitu isterinya menjadi gila kerana terkejut menerima berita “kematiannya”.

Keberanian – Othman dan semua anggota polis di Rumah Pasung Bukit Kepong tetap berani  menentang pengganas komunis sehingga ke titisan darah terakhir, walaupun bilang mereka yang  sedikit.

Kerjasama dan tolong-menolong-- 

 Orang kampung saling membantu dan menolong mangsa yang tercederaatau yang mengalami kejutan akibat daripada serangan komunis.

         Kerajinan– 

Semasa menjadi penoreh,Othman menjalankan kerjanya dengan tekun dan semasa menjadi polis,dia menjalankan tugasnya dengan rajin dan berdedikasi.

         Berdikari – Sifat ini tergambar pada watak Limah. Dia yang selama ini tinggal bersama dengan ibu bapanya,dapat hidup secara berdikari di berek polis setelah menjadi isteri Othman. Malah, dia mengajar kanak-kanak mengaji untuk mengisi masa lapangnya.

         Mengenang jasa dan pengorbanan – Sebelum membenarkan Othman bercuti selama sebulan, OSPCStrathern telah mengucapkan terima kasih atas pengorbanan Othman dan memberikan derma peribadisebanyak seratus ringgit kepada beliau.

         Saling menghormati – Nilai ini boleh dilihat pada watak semua anggota polis di rumah Pasung Bukit Kepong.Anggota pangkat bawahan menghormati Sarjan Jamil sebagai ketua mereka manakala Sarjan Jamil pulamenghormati semua anak buahnya itu.

         Taat kepada perintah Allah – Nilai ini jelas terpancar pada watak semua anggota polis. Walaupun sibukbertugas, mereka tetap menunaikan solat.

         Bijaksana atau pintar – Apabila melihat ramai rakannya yang terkorban, Othman menyerang pengganaskomunis dengan menggunakan dua laras senjata, walaupun terpaksa berlari ke sana ke mari. Tindakannyaitu adalah untuk mengelirukan pengganas komunis sehingga mereka menganggap bahawa bilangan anggotapolis masih banyak.

         Cinta akan bangsa & tanah air – Semua anggota polis dan orang kampung memiliki semangat nasionalismeyang tinggi sehingga mereka sanggup mengangkat senjata untuk menentang pengganas komunis.

         Yakin diri  Setelah semua bahagian rumah pasung terbakar, Othman berasa yakin bahawa dia dapatmenyelamatkan diri dengan berlari ke arah Sungai Muar

 

         Pengajaran:

 Setiap orang mestilah mempunyai sifat kasih sayang kepada keluarga bagi menjamin kehidupan yang bahagia.

 

   Semua orang mestilah bersimpati atau menaruh belas kasihan kepada orang yang ditimpa kesusahan.

         Mereka sepatutnya juga menghulurkan bantuan mengikut kemampuan.

 

          Kita hendaklah bersabar dan menerima takdir Allah S.W.T. dengan hati yang tenang.

 

      Kita mestilah berani menghadapi apa jua cabaran atau halangan dan kesusahan bagi mencapai cita-cita yang murni.

 

 Kita hendaklah mengenang jasa orang lain dengan memberikan ucapan terima kasih atau memberikan hadiahmengikut kemampuan.

 

 Kita janganlah mudah terpedaya oleh dakyah pihak komunis sehingga sanggup menyertai perjuangan merekayang sia-sia dan menjadi pengkhianat negara.

 

 Orang awam mestilah sanggup memberikan bantuan atau kerjasama kepada pihak polis bagi menjagakeamanan negara atau mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh negara.

 

 Suami isteri mestilah mengamalkan sikap bertolak ansur atau bertoleransi bagi menjamin rumah tangga merekauntuk kekal bahagia.

 

         Rakyat janganlah menyokong perjuangan komunis yang bercita-cita mahu memerintah negara melalui kekerasan.Sebaliknya, rakyat perlu bersatu-padu untuk menentang mereka.

 

 Rakyat negara ini yang telah tersilap langkah dengan menyertai pihak komunis haruslah insaf dan meninggalkanperjuangan yang sia-sia itu.

 

 Kita hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas dan bukannya mengharapkan ganjaran bagi setiappengorbanan yang dilakukan.

                                 

           longan muda tidak patut bertindak melulu ketika berdepan dengan musuh sehingga terkorban dengan sia-sia.

 

Tema: Perjuangan dan pengorbanan untuk mempertahankan maruah bangsa dan tanah air.

Persoalan: a) Sikap taat setia kepada tugas dan negara
                b) Keberanian anggota polis ketika menghadapi musuh
                c) Kekejaman pengganas komunis
                d) Peperangan membawa akibat buruk
                e) Semangat kerjasama anggota polis dan orang kampung demi menjaga keamanan

Saturday, February 7, 2009

Sinopsis

NOVEL BUKIT KEPONG.

Pengarang : Ismail Johari


Peristiwa darurat pada tahun 1948 telah menyebabkan pasukan polis diperbesar. Othman Yusof menyertai pasukan polis walaupun mendapat bantahan daripada ibunya. Othman ditunangkan dengan Limah sebelum dia berkhusus. Setelah tamat kursus, mereka dinikahkan dan Limah mengikut suaminya ke Pagoh. Suatu hari, ketika Limah dan kawan-kawannya pulang dari bandar Muar dengan menaiki bas, mereka ditahan oleh komunis dan kemudian bas tersebut dibakar. Dalam kejadian lain, orang kampung berjaya membunuh dua orang pengganas komunis yang menggangu mereka di hutan. Peristiwa itu membawa penubuhan unit pengawal kampung. Pengganas membakar rumah Saibun untuk membalas dendam. Cubaan Ah Lam untuk menyeludup makanan kepada pengganas terbongkar. Pengganas menyerang Balai Polis Labis. Limah dihantar ke kampung setelah sarat mengandung. Kemudian, kira-kira 180 orang pengganas menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Mereka ditentang habis-habisan oleh 18 orang polis. Kompleks polis dibakar. Polis dan keluarga mereka yang cedera dibawa ke hospital Muar. Limah menjadi gila apabila diberitahu bahawa suaminya mati. Othman pula pulang ke kampung halamannya dalam keadaan cacat.

Saturday, January 17, 2009

Pendahuluan

this is my first time blogging in bm...so if got kesalahan tatabahasa..just correct me xD

ok...umm.. starts with PENGENALAN...

Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan ribuan terima kasih,
kepada Cikgu Hanim iaitu Guru Bahasa Melayu kami,
kerana sudi memberi peluang kepada kami
untuk mendalami ilmu penggunanan komputer
dalam mata pelajaran beliau.

Blog ini direka khasnya untuk pembelajaran Sastera Bahasa Malaysia
Harapan tahun 2009 kami ialah mendapat 'A' dalam mata pelajaran BM..
ok..now for the authors of the blog...

MEMPERKENALKAN.....

''PENULIS-PENULIS TERKENAL''

4 BUNGA RAYA ........

Kam Ting Wei

Cheryl Lee

Ng Ying Yi

Leong Kar Hoong





that's it for now..
will be updating soon..
when we get our first assignment =)